Resepi #20 Tom Khai Gai


Calon-Calonnya :

1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat) - tun guna susu sejat
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan "nampla" 
10 biji cendawan butang, belah dua - xletak
 100 g cendawan telinga kera @ black fungus
1/4 biji kobis <- me tambah carrot ngan calery stick
 1/2 camca besar gula - xletak
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam daun hirisan daun ketumbar- xsuka, xletak
 3 camca besar sambal (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan

Calon-Calon Sambal:
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis <- kurangkan, dan guna olive oil

Cara Penyediaan :
Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.
Sediakan sambal: tumis cili, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. ketepikan. 
Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak. 
Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan. kalau guna susu cair didihkan kejap je. 
Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi. 
Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris....

Resepi #19 Lidah Kucing Pelangi

Bahan-bahan
250g mentega
3 biji putih telur Gred A
140g gula halus
½ sudu emplex

200g tepung gandum
60g tepung jagung
¼ sudu the baking powder
Pewarna biru, hijau, merah, oren, kuning dll.

Cara-cara
Pastikan kesemua tepung telah diayak terlebih dahulu. 
Kemudian putar mentega dan gula sehingga berkrim dan masukan emplex dan pukul lagi. Masukkan juga putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga kembang. 
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit dan putar sehingga rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan bahan pewarna mengikut kreativiti anda. Isikan ia ke dalam piping bag masing-masing. Picitkan ke dalam Loyang khas lidah kucing mengikut corak yang dikehendaki. Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah Celsius selama 20 minit. Jangan terlalu lama kerana warnanya akan tidak cantik jika ia keperang-perangan. Selamat mencuba

Resepi #17 Chicken Pie with Hashbrown Topping



Calon-Calonnya :
200 g Hash brown
2 sudu kecil mentega
2 keping dada ayam- di dadu
1 paket serbuk mushroom soup
1 biji bawang besar- dadu
1 sudu besar mentega
1/2 batang lobak merah- di sagat
2 btg saleri- di dadu
½ cawan corn kernel
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan :
Goreng hash brown sampai masak, hancurkan kasar menggunakan garfu dan gaul dengan 2 sudu kecil mentega. Ketepikan.
Panaskan mentega dan tumis bawang sekejap. Masukkan isi ayam dan tumis sampai ayam hampir masak.
masukkan serbuk mushroom roup, lobak merah, saleri dan jagung. Gaulkan dan masukkan air sedikit. Biarkan mendidih.
Masukkan tepung gandum yang di larutkan dalam sedikit air. Masak hingga pekat.
Perasakan garam dan lada hitam.
Sejukkan sebentar dan masukkan dalam bekas ramekin dan letakkan hash brown di atas setiap pie.
Bakar pada suhu 180oC selama 20 minit atau hingga keperangan.

Resepi #16 Telur Bistik

Calon-Calonnya :
1/3 cawan daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halu
5 biji cili padi, cincang halus
1/4  cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1/2 kiub pati daging lembu
Sedikit air
Sedikit sos ikan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan (mat guna parsley)
3 telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan :
Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah kiub daging (jika guna), dan juga daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap. 
Masuk sos cili dan sos tomato, kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
Satukan telur dengan mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
Tuang no. 2 atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Resepi #15 Air Katira

Calon-Calonnya :
Untuk Membuat Sirap
Didihkan 2 1/2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan 2 helai daun pandan, hingga larut gulanya.
1 sudu besar kathira (direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi)
10 biji buah kembang semangkuk (direndam semalaman buangkan biji dan kulit. Ditapis, bilas dengan air dan ditapis lagi)
1 sudu besar rata biji selasih (direndam dalam air hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.)
1 tin susu cair (sejat)
'evaporated milk' 
1 cawan sirap
7 cawan air
1 sudu teh air mawar



Cara Penyediaan :
Dalam sebuah mangkuk besar atau bekas air yang besar, masukkanlah katira, kembang semangkuk dan biji selasih.
Tuangkan sirap, air susu dan air mawar.
Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.

p/s
Biji Selasih -boleh didapati di pasar, kedai runcit.
Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina
Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India.

Resepi #14 Kuih Pukis


Calon-Calonnya :
180 ml Santan 
½ sudu Yis segera
60 ml Air hangat 
100 gram Gula pasir
3 butir Telur ayam  
150 gram Tepung terigu 

Cara Penyediaan Kuih Pukis : 
1. Rebus santan hingga mendidih, kacau agar santan tidak pecah, angkat dan biarkan hingga hangat. 
2. Campur ragi dengan air hangat, aduk hingga berbuih.
3. Pukul telur dan gula pasir sampai menjadi kental dan mengembang. 
4. Tambahkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil kacau hingga adunan sebati.
5. Masukkan air larutan yis. kacau lagi sampai adunan sebati. 
6. Tuangkan santan, kacau hingga sebati. Lalu biarkan  selama kurang lebih 15 minit.
7. Panaskan cetakan pukis di atas api yang sedang, sapukan dengan sedikit minyak sayur atau margarin.
8. Tuang adounan ke dalam lubang cetakan pukis hingga separuh. 
9. Tunggu sampai masak dan tepinya kering dan sedikit merekah. Lalu angkat pukis, sajikan.

Untuk 20 buah kuih pukis

Tips Membuat Kuih Pukis : 
1. Untuk variasi isi, sebelum permukaan kuih mengering, taburi dengan meises, parutan keju, kismis atau cincangan kacang tanah hancur. 
2. Untuk mendapatkan adunan dengan variasi rasa yang lain, misalnya coklat, caranya tambahkan adunan dengan 1 sudu pasta coklat dan 1 sudu serbuk coklat  untuk mendapatkan kuih pukis berwarna dan berasa coklat.
3. Sekiranya anda tidak mempunyai acuan kuih pukis, acuan apa2 pon boleh digunakan :)

Resepi #13 Kek Keju Jepun




Calon-Calonnya :
7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar

Cara Menyediakan :
1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api
 perlahan..Kacau selalu.
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan 
meringue(bertanduk).
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas
10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven 
masing-masing