Resepi #14 Kuih Pukis


Calon-Calonnya :
180 ml Santan 
½ sudu Yis segera
60 ml Air hangat 
100 gram Gula pasir
3 butir Telur ayam  
150 gram Tepung terigu 

Cara Penyediaan Kuih Pukis : 
1. Rebus santan hingga mendidih, kacau agar santan tidak pecah, angkat dan biarkan hingga hangat. 
2. Campur ragi dengan air hangat, aduk hingga berbuih.
3. Pukul telur dan gula pasir sampai menjadi kental dan mengembang. 
4. Tambahkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil kacau hingga adunan sebati.
5. Masukkan air larutan yis. kacau lagi sampai adunan sebati. 
6. Tuangkan santan, kacau hingga sebati. Lalu biarkan  selama kurang lebih 15 minit.
7. Panaskan cetakan pukis di atas api yang sedang, sapukan dengan sedikit minyak sayur atau margarin.
8. Tuang adounan ke dalam lubang cetakan pukis hingga separuh. 
9. Tunggu sampai masak dan tepinya kering dan sedikit merekah. Lalu angkat pukis, sajikan.

Untuk 20 buah kuih pukis

Tips Membuat Kuih Pukis : 
1. Untuk variasi isi, sebelum permukaan kuih mengering, taburi dengan meises, parutan keju, kismis atau cincangan kacang tanah hancur. 
2. Untuk mendapatkan adunan dengan variasi rasa yang lain, misalnya coklat, caranya tambahkan adunan dengan 1 sudu pasta coklat dan 1 sudu serbuk coklat  untuk mendapatkan kuih pukis berwarna dan berasa coklat.
3. Sekiranya anda tidak mempunyai acuan kuih pukis, acuan apa2 pon boleh digunakan :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan