Resepi #44 Pau Gebu Lembut


PAU LEMBUT GEBU

Bahan-bahan :

* 1 kg tepung high protein

* 1 packet yis mauripan

* ½ cawan gula pasir

* 2½ cwn air suam. Boleh tambah kalau tak cukup lembut.

* 1/2 cwn minyak jagung (boleh juga guna minyak masak)

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Bancuh gula dalam air suam hingga larut. Masukkan yis sekali dan biarkan seketika hingga air nampak berbuih.

2. Masukkan tepung dalam mangkuk besar dan tuangkan air bancuhan gula dan yis tadi sedikit demi sedikit.

3. Gaul tepung dengan hujung jari sehingga air habis. Masukkan minyak dan uli selama 15 minit sehingga doh kenyal dan licin, tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.

4. Bulat-bulatkan doh seberat 40gm setiap satu. Biarkan rehat 10 minit – 15 minit.

5. Bubuh inti dan tutup inti dengan doh dengan rapat.

6. Lapik dengan daun pisang / plastik / kertas minyak. Perap selama 30 minit sehingga naik elok.

7. Kukus selama 10 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan