Resepi #21 Kek Oren

Calon-Calonnya :
2 Cawan tepung
1 Cawan mentega
1 Cawan gula
3 Biji telur
1 Biji Limau
1 Sudu kecil baking powder
½ Cawan Susu Full Cream (Tak nak pun takpa .. tapi kalau letak lagi sedap)
1 Sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan :
1. Pukul Mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukan telur dan esen vanila. Pukul lagi.
Langkah 1 dan 2 ni saya buat kat blender..
lepas tu curah kat bekas barulah masukkan tepung.
3. Masukan tepung dan baking powder yang sudah diayak. Gaul sebati.

Piisstttt :
Kalau nak buat kaler oren/ pewarna kuning pun boleh bagi nampak menyerlah sikit, tapi saya cuma gunakan sebiji oren sahaja .. sila percaya.. kulit oren tu saya parutkan... kemudian lepas parut barulah potong dia perah jusnya.. letak sekali dalam adunan.. jangan korang piii boh bijik oren/ limau sekali sudah.. kalau ada bijik buang yer ... 
Akhir Sekali barulah masukan susu 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan