Resepi #19 Lidah Kucing Pelangi

Bahan-bahan
250g mentega
3 biji putih telur Gred A
140g gula halus
½ sudu emplex

200g tepung gandum
60g tepung jagung
¼ sudu the baking powder
Pewarna biru, hijau, merah, oren, kuning dll.

Cara-cara
Pastikan kesemua tepung telah diayak terlebih dahulu. 
Kemudian putar mentega dan gula sehingga berkrim dan masukan emplex dan pukul lagi. Masukkan juga putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga kembang. 
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit dan putar sehingga rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan bahan pewarna mengikut kreativiti anda. Isikan ia ke dalam piping bag masing-masing. Picitkan ke dalam Loyang khas lidah kucing mengikut corak yang dikehendaki. Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah Celsius selama 20 minit. Jangan terlalu lama kerana warnanya akan tidak cantik jika ia keperang-perangan. Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan