Resepi #12 Biskut Mazola


Calon-Calonnya  (118 bj)

3 cawan tepung gandum*
1 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
2 1/2 cwn kacang tanah - goreng tanpa minyak - kisar halus
1 sdk esen vanila
1 cawan gula halus
Secubit garam
3 kuning telur
1 1/2 cawan minyak mazola
1 kuning telur - untuk disapu
Kacang tanah untuk hiasan



Cara Penyediaan


Satukn tepung gandum, baking powder, kacang kisar, esen vanila, gula halus, garam dan kuning telur. Gaul hingga semua rata.
Tuang minyak mazola sedikit2 sambil mengaul adunan tadi hingga menjadi doh yang boleh dikepal, kalau kurang boleh tambah lagi.
Ambil adunan dalam 10 gm, bulat2kan seperti guli, tekan sedikit atasnya dan susun dalam dulang pembakar yg dilenser dengan sedikit butter.
Hias dengan kacang tanah, tekan sedikit lagi dan sapu sedikit kuning telur.
Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 25 minit, bergantung pada oven masing2.
Bila masak, biarkn biskut atas dulang sehingga suam, baru dialihkan atas jaringan.
Biskut agak rapuh masa baru2 dikeluarkan dari oven.

Resepi #11 Konlfeks Madu


Calon-Calonnya :
325g cornflakes nestle
3/4 buttercup(250g)
3@4sudu gula
madu & manik hiasan secukupnye



Cara Penyediaan : 
1-cairkan buttercup
2-masukkan gula & madu.gaul sebati.
3-masukkan cornflakes,gaul sebati sampai cornflakes disaluti canpuran buttercup,gula&madu.kemudian tutup api.
4-susun dlm cawan kertas kemudian tabur manik hiasan.
5-bila abih semua,bakar dlm oven suhu 170'C selama 3-5minit

Resepi #10 Puding Bandung Cincau


Calon-Calonnya :
1 paket agar2 (20gm)
1 liter air (1000ml)
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan cincau
perwarna merah

Cara Penyediaan :
masak agar2 hingga cair,masukan gula,kacau hingga gula larut,tapis 400ml,masukan cincau,tuang dalam acuan,biarkan sedikit beku,panaskan baki agar2 kembali hingga cair semula,tapis 200ml,masukan 10 sudu besar susu cair dan perwarna merah, ulang lg cara yg sama di atas,ulang sehingga habis,setelah siap lapisan,biarkan beku seketika baru di simpan dalam peti sejuk selama 1jam baru dipotong.

Resepi #9 Kuih Puteri Mandi


Calon-Calonnya (A) :
2cawan tepung pulut
Sedikit air
Pewarna kegemaran

Calon-Calonnya (B) :


1/2 cawan gula(ikut kegemaran masing2,rina kurangkan)
1/2cawan air
1/2cawan klapa parut
Daun pandan dismpul



Cara Penyediaan (A) :
-Uli tpung pulut dgn sedikit air hingga mnjadi doh yg xmelekat d tangan(mcm wat onde2 tu)
-kmudian bhgian kpada bbrapa bhgian dan msukkan warna kegemaran
-buatkan bulat2 dan tkan ditgh2 agar kuih cpt masak
-masak doh td dlm air mndidih dan tnggu hingga kuih timbul.
-angkat dan masukkan dlm bekas berisi air sejuk utk mngelakkan kuih melakat2..


Cara Penyediaan (B) :
-masakkan air,gula dan daun pandan hingga gula hncur
-kemudian masukkan klpa dan kuih
-gaul sebati
Siap dihidangkan..

Resepi #8 Bingka Cheese Sarawak



Calon-Calon (A) :

1 paket agar-agar serbuk (13g)
3 cawan air
1 cawan gula halus

Calon-Calon (B) :
250g butter - suhu bilik (1 buku) ** sebaiknya gunakan butter asli
250g cream cheese - suhu bilik
1/2 tin susu pekat manis (saya hanya gunakan 1/2 cawan)
1 1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur size besar - suhu bilik
1 sudu kecil esen vanila
pewarna jika suka

Cara Penyediaan(A) :
1. Didihkan bahan (A) hingga larut & ketepikan.

Cara Penyediaan (B) :
1. Ayak tepung. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga kembang.
3. Masuk kan butter & susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
4. Masuk kan cream cheese, tepung & esen vanila. Pukul lagi hingga benar-benar sebati.
5. Tuangkan adunan agar-agar yg masih panas & pukul ligat hingga sebati.
5. Tapiskan adunan kedalam acuan yg telah diminyak kan terlebih dahulu.
6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama sejam atau hingga masak (mengikut oven masing-masing).

** Sekiranya anda nak bubuh pewarna, masuk kan sebelum tapis adunan kedalam acuan ya.

Resepi #7 Popia Nestum

Calon-Calonnya :
Kulit popiah (saya guna Jenama KG 1 paket yg ada 50 keping tu)
Nestum 3 in 1 (blend sampai halus) 
Tepung gandum*
Air *
Minyak utk menggoreng

Cara Penyediaan :
Satukan bahan yg bertanda * bagi dia jadi mcm gam, jgn likat sangat.. utk lekatkan kulit popiah ja. Ketepikan. Gulung kulit popiah.. jgn gulung padat sangat .. nanti goreng dia jadi padat & keras.. gulung tu longgar2 sket tau. Kami x guna lidi pon.. gulung mcm tu saja. Guna bancuhan tepung tadi utk lekatkan kulit popiah. Sapu sikit ja kat bahagian hujung kulit popiah. Jgn tindih2 kulit popiah yg digulung tu.. satni dia penyet. Ulang step ni sampai habis gulung kulit popiah. Lepas tu gunting serong popiah yg dah digulung tadi. Gunting serong dia jadi cantik..kembang ja bila digoreng.. nampak layer2. Lepas habis gunting.. goreng dia dlm minyak panas.. minyak kena banyak yaaa.. tos. Bila dah sejuk gaul dgn nestum 3 in 1. Utk 1 paket kulit popiah 50 keping kami guna 7-8 paket nestum 3 in 1. 


Selamat mencuba. 

Resepi #6 Nasi Goreng

Calon-Calonya:
5 cawan nasi
2 biji telur ayam
Serbuk lada sulah/lada putih secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa

Calon-Calon Di tumbuk Halus:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 genggam ikan bilis
2cm belacan-dipanggang

Cara Penyediaan :
1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2) Masukkan semua telur dan bila telur hampir masak baru la dikacau kemudian dimasukkan nasi dan di kacau rata . Masukkan , lada sulah , garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan nasi goreng dah masak serta boleh la ditutup api dapur.

Resepi #5 Murtabak Mini Maggi

Calon-Calonnya : 
4 peket maggi - direbus mee saja
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji telur
1 batang carrot
Isi ayam dan chicken ball secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
4 peket serbuk perisa maggi
Sedikit daun sup dan bawang

* Peket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.

Cara Penyediaan :
Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil . Kupas semua bawang dan  diracik halus kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil . Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga . Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu .

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam kacau , masukkan chicken ball , carrot , daun sup/bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak . Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau .

Masukkan semua  mee maggi , tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni . Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata . Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat .

Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan . 

Resepi #4 Murtabak Mini


Calon-Calonya :
sebiji bwg putih (racik/dadukan)
1/2 biji bwg besar (potong dadu)
2 biji kentang (potong dadu)
1 senduk mix vegetable
isi ayam(ptg kecik2) - blh ganti daging kalau suka
1 1/2 sudu rempah kari (xkesah apa2 brand)
2 biji telor ayam
garam secukupnya
kulit popia
minyak utk menumis dan goreng



Cara Penyediaan:
-tumis bwg putih,
-masuk serbuk rempah kari daging yg dibancuh dgn sdkt air
-tggu pecah myk, masuk isi ayam dan air
-agak mendidih/hampir msk, msuk kentang,msk garam
-bila kentang dah empuk,msk bwg & mix vegetable, 
-gaul rata & biarkan seketika sblum ttp api
-pecahkan telur dlm inti tadi 
-letkkan 2-3 sudu int dan balut inti tu atas kulit popia
-ms nak goreng, letak myk 1 sudu ja dalam pan
-goreng sampai garing...then balikkan..
-biar garing lg sebelah...siap hidang

Resepi #3 Pizza Gardenia Gari Ayam Cili Bengggala

Calon-Calonnya : 
6 keping roti gardenia (disapu mentega)
sos cili&mayonis
1 biji cili benggala (dihiris nipis2)
6 keping keju cheesedale


Calon tumis:
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang)
1 biji kentang didadukan
1/2 biji timun didadukan
1/3 cawan air
1 sudu mentega.



Cara Penyediaan:
-cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
-masukkan rempah kari dan masak sampai garing
-masukkan isi ayam dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..
-masukkan timun dan kentang
-masukkan garam dan gula..biar sebati dan padamkan api
-ketepikan



1)susun roti gardenia yg dah disapu mentega dalam pemanggang vantage
2)sapukan sos dan mayonis atas roti
3)taburkan bahan yg ditumis dan hirisan cili benggala
4)susun keju cheesedale atas roti
5)tutup pan dan buka api paling kecil
6)bakar sampai keju cair (lebih kurang 8-10mnt)
sedia hidang...sgt sedap..rangup



Selamat mencuba! 




Resepi #2 Kek Moist Coklat



Bahan A
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat 
1 cawan gula kastor

Bahan B
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin susu pekat
1 cawan minyak jagung / bunga matahari
1 cawan air suam

Bahan C (Topping)
Coklat masakan UHT Whipping Cream 1 sudu besar mentega

Masa Penyediaan : 30 minit
Masa Membakar : 40-45 minit

Cara Membuat Kek
1. Campurkan kesemua bahan A di dalam mangkuk adunan dan gaulkan.


2. Di dalam bekas yang lain, masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau rata.

3. Masukkan susu pekat serta air suam dan kacau lagi.



4. Masukkan campuran bahan A sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga adunan kek menjadi ringan.

5. Tuangkan minyak ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.

6. Tuang adunan di dalam loyang yang dialas dengan kertas.

7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C selama 45 minit ataupun sehingga masak.
8. Sejukkan dan hiaskan dengan krim coklat.

Krim Coklat
1. Panaskan UHT Whipping Cream secara **double boiler.
2. Masukkan coklat masakan dan gaulkan.
3. Tambahkan mentega.
4. Boleh tambahkan sedikit gula untuk mengurangkan rasa pahit.

*gula boleh dikurangkan ½ cawan untuk yang gemarkan kek kurang manis
** double boiler - meletakkan loyang yang mengandungi whipping cream di dalam loyang lebih besar yang mengandungi air panas.

Hasilnya :




Selamat mencuba resepi kek coklat!

Resepi #1 Kek Batik

Kek Batik yang telah siap dimasak :)

Bahan-bahan untuk membuat kek batik


Calon-Calonnya :

- 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbok koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong 



Cara Penyediaan :
1. Patah-Patahkan Biskut Marie.


2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam 
kuali dan gunakan api sederhana.


 3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup.


4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.

5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.


6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.


7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.