Resepi #36 Acar Ikan

ACAR IKAN 
=========

BAHAN-BAHAN:
600 gm ikan bawal | disapu sedikit kunyit dan garam serta digoreng
60 ml cuka
125 ml air
1 sudu makan gula pasir
100 gm nanas | dipotong dadu
3 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 cm halia | dhiris
1 biji tomato | dipotong kiub
1 biji cili merah | dihiris
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Jerang cuka dan air hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan gula, garam dan nanas. Perlahankan api. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis pula bahan hiris hingga wangi.
4. Kemudian masukkan tomato, cili merah dan lada benggala hijau. Kacau sekejap
dan sesuaikan rasa dengan sedikit garam.
5. Kemudian tuangkan ke dalam kuah nanas tadi dan gaul sebati bersama ikan goreng tadi.

Resepi #35 Telur tiga rasa


TELUR TIGA RASA 
================
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur padi | direbus 
2 biji telur masin | direbus
10 biji telur burung puyuh | direbus
5 biji telur ayam
Daun bawang secukupnya | dihiris 
Serbuk lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1 Telur padi, telur masin dan telur burung puyuh dipotong dadu. Ketepikan.
2 Pukul telur ayam sehingga kembang, masukkan garam, daun bawang dan lada sulah secukupnya.
3 Kemudian masukkan telur yang dipotong dadu tadi.
4 Tuangkan ke dalam bekas acuan kegemaran anda.
5 Kukus sehingga masak.

Resepi #34 kek Chesses Mini Oreo

KEK KEJU OREO MINI 
==================

BAHAN-BAHAN:
500gm krim keju
200gm gula kastor
2 sudu teh jus lemon
3 biji telur
160ml air


BAHAN LAPISAN BAWAH KEK:

3 sudu makan mentega
300gm biskut oreo | dihancurkan


CARA MEMASAK:

1. Untuk lapisan bawah kek, cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul rata.
2. Kemudian, masukkan adunan oreo tadi ke dalam mangkuk ramekin dan tekan sehingga menjadi satu lapisan yang padat. Ketepikan.
3. Untuk kek, pukul keju dan gula kastor sehingga kembang, masukkan telur satu demi satu dan teruskan memukul hingga sebati.
4. Masukan jus lemon dan air, gaul sehingga sekata. Tuang adunan ke dalam mangkuk ramekin tadi.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180˚C dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
6. Setelah siap dibakar, sejukkan dan hiaskan mengikut kreativiti anda.

Resepi #33 Daging Goreng Hitam Manis


DAGING GORENG HITAM MANIS 
===========================
BAHAN-BAHAN:
500gm daging pejal | dihiris nipis
1 biji bawang besar |dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
5cm halia muda
3 biji cili merah | dihiris
2 biji tomato | dipotong
1 sudu makan lada hitam | ditumbuk kasar
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
100ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAK:
1 Perapkan daging bersama halia dan bawang putih selama 30 minit.
2 Kemudian pijarkan minyak dan goreng daging sehingga empuk.
3 Setelah itu masukkan lada hitam, kicap manis, sos tiram, bawang besar dan cili merah. Gaul mesra dan sebati.
4 Seterusnya masukkan air secukupnya dan tomato. Biarkan seketika.
5 Akhir sekali, perasakan. Sedia dihidang panas.

Resepi #32 Tepung Pelita


TEPUNG PELITA 
==============
BAHAN LAPISAN BAWAH:
120 gm tepung beras
240 gm gula pasir
1 liter air | termasuk air daun pandan


BAHAN LAPISAN ATAS:
90 gm tepung beras
200 ml santan
750 ml air


CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat lapisan bawah, larutkan tepung dengan air. Kemudian masukkan gula.
2. Masukkan ke dalam periuk, masak di atas api yang sederhana. Sentiasa dikacau sehingga mendidih.
3. Setelah itu, tuangkan ke dalam kelonsong daun pisang. Ia hendaklah dituang separuh ukuran kelonsong saja. Biarkan sejuk seketika. Ketepikan.
4. Untuk membuat bahan lapisan atas pula, larutkan tepung bersama santan dan air.
5. Masukkan sedikit garam. Kacau rata dan masukkan ke dalam periuk.
6. Masak di atas api yang sederhana. Sentiasa dikacau sehingga mendidih.
7. Akhir sekali, tuang ke atas bahan lapisan bawah tadi. Biarkan sejuk dan bolehlah dihidang.

Resepi #31 Roti Keju Cendawan

BAHAN-BAHAN:
4 keping roti
cendawan butang dihiris halus 
2 keping keju keping
2 sudu besar keju cheddar sagat
100 gm isi ayam (hiris nipis)
1/2 cawan susu segar

CARA MENYEDIAKAN:
1. Isi ayam dilumurkan dengan garam dan dan dilumur dengan sedikit minyak dan masukkan dalam kuali. Biarkan isi ayam masak.
2. Pukul telur dengan susu segar dan rendam roti sekeping demi sekeping.
3. Di atas dulang pembakar lapiskan aluminium foil dan bubuhkan sekeping roti. Di atasnya bubuhkan keju keping, keju cheddar, cendawan butang hiris dan ayam.
4. Letakkan lagi keping roti. Bubuhkan ayam saja.
5. Bubuhkan lagi sekeping roti dan bubuhkan keju keping dan keju sagat.
6. Akhir sekali bubuhkan roti.
7. Bakar pada suhu 200oC selama 15 minit.

Rsepi #30 Mudahnya Buat Tart Telur


Bahan untuk crush :
• 2 cawan tepung gandum
• 1/4 cawan gula halus
• 1/2 teaspoon baking powder
• 1/4 teaspoon garam
• 1/2 cawan butter
• 2 biji telur

Cara membuat crush :

1. Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dalam doh mixer @ food processor atau pun guna tangan pun boleh. Sebatikan.

2. Masukkan butter. Sebatikan lagi.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Uli hingga menjadi bentuk doh.

Bahan untuk filling :

• 1 cawan susu cair
• 4 biji telur
• 1 cawan gula halus
• 1 cawan air
• 1 tbs tepung kastard
• 1/2 tsp vanilla essence

Cara membuat filling :

1. Pukul gula dan telur.

2. Masukkan semua bahan filling yang belum dimasukkan lagi dan kacau sebati.

3. Mas tapis bancuhan filling tadi.

4. Tekan2 doh ke dalam acuan tart @ pie. Then tuang je bahan2 filling tadi ke dalam acuan tart @ pie yang telah diletakkan doh tadi.

5. Bakar pada suhu 190c selama 30 minit dengan api atas bawah.

Resepi #29 Lemon-Blueberry Cheesecake Bars




Base:

110g butter, di cairkan
200g digestive biscuits
100g oreo di hancurkan, optional 
50g almond flakes, di panggang
2 sb brown sugar

Cara2 membuat base:

1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.
2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.
3. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.

Filling:

500g cream cheese
30g butter
129g gula kaster
1 biji parutan kulit lemon
1 biji jus lemon
30g tepung jagung, di ayak
300ml UHT whipping cream
4 biji telur
150g blueberry pie filling

Cara2 membuat filling:

1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.

2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.

4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya.

5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.

6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak.

7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman

Resepi #28 Kek Chesses paling mudah



Bahan-bahan ( 18 cm )

250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara

Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream

Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit

Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap

Resepi #27 Pavlova


Bahan2

4 biji putih telur
3/4 cwn gula pasir halus
1 tbsp tepung jagung
1 tsp cuka
sedikit esen vanila

Cara2

1. Panaskn oven pd suhu 180'C

2. Pukul putih telur hgga berbuih & masukkn gula 1 sudu besar per 1 sudu besar. Pukul hgga bertanduk

3. Masukkn tepung jagung & kaup-balikkan

4. Masukkn cuka & esen vanila. Kaup-balikkn hgga sebati

5. Masukkn adunan yg dh siap ke dlm piping bag & paipkn dlm papercup. Paipkn setakat 1/2 paras papercup. Gunakan papercup yg agak keras. Masukkn dlm oven & tutup pintu oven. Turunkn suhu kepada 130'C & bakar selama 1 jam 15 minit

Pavlova dikira masak bila bahagian luar dia merekah. Biar pavlova dlm oven ngn pintu oven terbuka sedikit. Biar hgga tray pavlova tu sejuk. Keluarkn pavlova dr oven & biar btol2 sejuk baru buh topping

Topping 

Bahan2

1/2 tsp gelatin cairkn dgn 1 sudu besar air suam
150ml whipping cream.. BUKAN non-dairy whipping cream tau
1 - 2 tbsp gula pasir halus.. x yah manis sgt sbb pavlova dh manis
Sedikit buah-buahan segar dipotong dadu

Cara2

1. Masukkn whipping cream dlm mangkuk & masukkn mangkuk bersama besi mixer ke dlm fridge. Biar hgga benda2 ni sejuk

2. Kuarkn mangkuk whipping cream & pukul whipping cream hgga kental. Apabila kita angkat mixer, adunan akan jatuh meninggalkn jejak. Tutup mixer

3. Sudukn whipping cream atas pavlova & hias ngn potong buah-buah segar

Resepi #26 Kek Red Velvet Layer

CALON2NYA :
12 sudu be
sar atau 1 1/2 sticks unsalted butter (suhu bilik) 
3 cawan tepung kek (tapis/sieve) 
3 sudu besar serbuk koko 
1 sudu teh baking soda 
1/2 sudu teh garam 
1 3/4 cawan gula 
1/3 cawan minyak sayuran 
3 biji telur 
1 sudu besar pewarna merah 
2 sudu teh apple cider vinegar 
1 sudu teh extrak vanila 
1 cawan susu
Untuk frosting:
4 8 -ounce cream cheese (suhu bilik)
2 sticks unsalted butter (suhu bilik) 
2 pounds (8 cawan) gula icing 
1 sudu besar jus lemon 
1/2 sudu kecil estrak vanila
1/8 sudu kecil garam

Cara Membuat:

Kek:

Panaskan ketuhar kepada 350 darjah F. Sapu butter pada 2 pan berukuran 9 inci bulat dan letakkan kertas minyak ditengah-tengah pan dan sapu butter. Pukul tepung, serbuk koko, baking soda dan garam di dalam mangkuk.

Pukul gula pasir, 12 sudu besar mentega dan minyak sayur-sayuran dalam mixer dengan kelajuan sederhana sehingga kembang kira-kira 4 minit. Pecahkan telur satu per satu dan masukkan pewarna makanan bewarna merah,cuka dan vanila. Kurangkan kelajuan mixer dan masukkan campuran tepung dan susu secara berselang seli sehingga semua bahan bergabung.

Bahagikan aduanan kepada 2 pan yang telah disediakan. Bakar lebih kurang 35 - 40 minit. Biarkan sejuk 10 minit. Setelah itu, bahagikan kek tersebut kepada 2 bahagian setiap satu.

Frosting:

Pukul krim keju dan mentega dalam mixer dengan kelajuan sederhana sehingga kembang.

Masukkan gual icing,jus limau,vanila dan garam dan pukul sehingga licinpendirian dengan lampiran dayung pada kelajuan sederhana tinggi sehingga kembang. 

Tambah gula confectioners ', jus limau, vanila dan garam; pukul hingga halus. 

Bermula dengan 1 lapisan kek, sapukan frosting dan ulang sehingga 4 lapisan.

Sapu frosting pada semua bahagian kek dan sejukkan di dalam chiller selama 15 minit. 


Resepi #25 Puding Ais Krim Oreo

\
Puding Ice Cream Oreo 

CALON2NYA :
25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
1250ml air
1 Tin susu cair
1 cup Gula
1 Sudu teh esen Vanila
1 Biji telur
1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh**


Cara membuat:
Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut...
kemudian masukkan gula...kacau sebati. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi....

Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...
kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api...
Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap!
selamat mencuba