Resepi #8 Bingka Cheese Sarawak



Calon-Calon (A) :

1 paket agar-agar serbuk (13g)
3 cawan air
1 cawan gula halus

Calon-Calon (B) :
250g butter - suhu bilik (1 buku) ** sebaiknya gunakan butter asli
250g cream cheese - suhu bilik
1/2 tin susu pekat manis (saya hanya gunakan 1/2 cawan)
1 1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur size besar - suhu bilik
1 sudu kecil esen vanila
pewarna jika suka

Cara Penyediaan(A) :
1. Didihkan bahan (A) hingga larut & ketepikan.

Cara Penyediaan (B) :
1. Ayak tepung. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga kembang.
3. Masuk kan butter & susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
4. Masuk kan cream cheese, tepung & esen vanila. Pukul lagi hingga benar-benar sebati.
5. Tuangkan adunan agar-agar yg masih panas & pukul ligat hingga sebati.
5. Tapiskan adunan kedalam acuan yg telah diminyak kan terlebih dahulu.
6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama sejam atau hingga masak (mengikut oven masing-masing).

** Sekiranya anda nak bubuh pewarna, masuk kan sebelum tapis adunan kedalam acuan ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan